15 November, 2016

Akhirnya aku berhijrah ke Utara

Siapa menyangka, siapa menduga, akhirnya destinasi hidup aku berubah ke sebelah utara..

Bermula awal Januari 2017, aku beralih arah mencari rezeki di sebelah Utara, tepat lagi sebelah Pulau Pinang. Sesunguhnya mungkin ini salah satu cara untuk aku melupakan semua kisah silam, kisah yang cukup sengsara dalam hidupku selama 37 tahun.

Selebihnya ini mungkin sudah suratan Ilahi yang tertulis dari awal lagi.

Selamat datang cabaran baru, selamat datang alam baru, selamat datang KEJAYAAN baru!

Aku pasti merindui tempat aku membesar di daerah Bera, aku pasti merindui rakan-rakan di SMK Triang 3, aku pasti merindui pelajar yang aku kasihi.

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®