30 Disember, 2010

Tentang Penulis


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

satu ketika dulu saya pernah melihat dunia, satu ketika dulu saya pernah melihat birunya laut, satu ketika dulu saya pernah melihat indahnya awan. kini...

duniaku gelap, namun semangatku tidak pernah luntur. di sini... saya menulis, saya menjana minda agar diriku terus berguna kepada semua..

Saya seorang cacat penglihatan penuh sejak tahun 2006. Sebelum itu menghidap penyakit glaukoma conginental sejak dari lahir.

Mempunyai sedikit pengetahuan dalam dunia komputer dan menggunakan perisian pembaca skrin (screen reader ) yang dikenali sebagai JAWS.


Dengan kemudahan teknologi, saya boleh mengendalikan komputer tanpa bantuan orang lain. Membaca akhbar online,email, menulis blog dan mendengar muzik.

di sini saya menulis menghibur hati, di sini saya menulis berkongsi rasa, agar kita menjadi satu.

Untuk membaca kisah hidupku, boleh melayari pautan berikut:


Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya. Sekiranya terdapat sebarang keterlanjuran dalam menyusun kata, saya memohon ampun dan maaf seadanya.

wassalam..

1 Ulasan:

Zizie Ibrahim berkata...

assalammualaikum,

saudara azhar, saya google untuk mencari lagu2 untuk projek tarian anak2 tadika kemas. saya terjumpa blog anda berkenaan lagu2 ini yang ada share. gembira sekali saya apabila yang di cari akhirnya jumpa. :)

tetapi apabila saya download file kna unzip dan saya tidak boleh mmbuka kerana perlukan macam password. boleh bantu saya saudara?

terima kasih atas jasa anda ini.

+

Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®